KUNJUNG HORMAT MOHPA KE PEJABAT KETUA EKSEKUTIF PERKESO

Hari ini, delegasi Malaysia Occupational Health Practitioners Association (MOHPA) telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO di Menara PERKESO, Kuala Lumpur.

Pertemuan ini membincangkan kerjasama strategik antara MOHPA & PERKESO dalam usaha:

✅ Meningkatkan kesedaran penyakit pekerjaan dalam kalangan pengamal klinikal dan majikan
✅ Memperluaskan hebahan berkaitan kesihatan pekerjaan
✅ Merangka inisiatif media yang lebih proaktif, efektif dan menyeluruh

Contoh penyakit pekerjaan utama yang dikenal pasti termasuk:

  • Gangguan pendengaran akibat bising (NIHL)
  • Penyakit paru-paru pekerjaan (silikosis, asma pekerjaan)
  • Masalah muskuloskeletal (MSD)
  • Keracunan bahan kimia (plumbum, merkuri, organofosfat)
  • Penyakit berkaitan tekanan kerja dan kesihatan mental
  • Penyakit kulit pekerjaan (dermatitis kontak, ekzema pekerjaan)

Antara program latihan & kerjasama yang dicadangkan:

  • Webinar Kesedaran Penyakit Khidmat
  • Latihan Hearing Conservation Program (HCP)
  • Bengkel Ergonomik & HIRARC
  • Sesi Klinikal Penyakit Khidmat untuk Pengamal Perubatan
  • Program Saringan & Intervensi Tempat Kerja

Program untuk penglibatan antarabangsa (International members):

  • Virtual Masterclass Series bersama pakar tempatan & antarabangsa
  • Online Certification Courses (Hygiene, Ergonomics, Mental Health)
  • International OSH Exchange Forum
  • Joint Research & Publication Opportunities

Kolaborasi akademik & universiti:

  • Penglibatan pensyarah & penyelidik universiti dalam penghasilan garis panduan rasmi kesihatan pekerjaan oleh MOHPA
  • Kajian impak & data nasional berkaitan penyakit pekerjaan
  • Penyelarasan latihan klinikal OHD bersama institusi pendidikan

Anugerah & penghargaan yang dicadangkan:

  • Anugerah Media Kesihatan Pekerjaan
  • Audit Award untuk tempat kerja cemerlang dalam promosi kesihatan
  • Pengiktirafan Rakan Strategik MOHPA-PERKESO

MOHPA komited menyokong peranan PERKESO dalam perlindungan pekerja melalui pendekatan kolaboratif sektor awam, swasta, NGO dan akademik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *