Ringkasan laporan mengenai perbincangan antara MOHPA, persatuan pengamal kesihatan
pekerjaan, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) pada 20 September
2024 pada waktu 3 petang, membincangkan cadangan penambahbaikan yuran bagi Pusat Ujian
Audiometrik (ATC). Berikut adalah butiran perjumpaan ;
Turut menghadiri sesi adalah :
Perdim, AOEMM dan MSOHD
Ketetapan Jabatan Bagi Permohonan Pindaan Fi Pusat Ujian Audiometrik (PUA) adalah seperti berikut :
- Pengurangan Fi Pendaftaran dan Pembaharuan
- Cadangan: Mengurangkan fi kepada RM1,000 untuk PUA bergerak dan RM300 untuk
PUA statik/klinik. - Keputusan: MPT mengekalkan fi sedia ada kecuali bagi PUA kendalian kerajaan
persekutuan dan negeri yang diberi penepian fi.
- Pengurangan Fi Pendaftaran dan Pembaharuan
- Cadangan: Mengurangkan fi kepada RM1,000 untuk PUA bergerak dan RM300 untuk
PUA statik/klinik. - Keputusan: MPT mengekalkan fi sedia ada kecuali bagi PUA kendalian kerajaan
persekutuan dan negeri yang diberi penepian fi.
Perbincangan ini telah memberikan arah yang jelas bagi langkah-langkah selanjutnya. Dengan
penerbitan garis panduan latihan untuk Juruteknik Audiometrik pada tahun 2025, diharapkan akan
dapat meningkatkan kompetensi tenaga kerja di bidang ini. MOHPA akan terus memantau
perkembangan pelaksanaan keputusan-keputusan yang dicapai dan akan mengadakan sesi libat
urus selanjutnya untuk memastikan keberkesanannya.
Secara keseluruhan, perbincangan ini telah menjadi platform yang berharga untuk bertukar
pandangan dan mencapai kesepakatan bersama. Dengan semangat kolaborasi yang tinggi,
diharapkan keputusan-keputusan yang dicapai akan memberikan manfaat yang signifikan bagi para
pengamal kesihatan pekerjaan, pengusaha, dan pekerja di seluruh negara.
Di akhir bicara,
MOHPA merakamkan penghargaan kepada semua rakan persatuan atas kerjasama padu dalam
mewujudkan platform maklum balas yang berkesan kepada JKKP, sambil mengalu-alukan lebih
banyak sesi libat urus pada masa hadapan untuk meningkatkan mutu kesihatan pekerjaan di
Malaysia, sekaligus menggesa semua pengamal perubatan kesihatan agar menyediakan
perkhidmatan bernilai tambah yang cemerlang demi mencapai matlamat keselamatan dan
kesihatan industri yang optimum.
Sumber Rujukan :
[1] KETETAPAN JABATAN BAGI PERMOHONAN PINDAAN FI PUSAT UJIAN AUDIOMETRIK (PUA)













Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Zuraidah Binti Abu Kassim
Setiausaha
Persatuan Pengamal Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOHPA)